Isnin, Jun 28, 2010

June 28, 2010.

     Assalamualaikuam, hari ini bangun 5 pagi. Bersahur ringkas bersama Rosni, Kak Long and Kak Ngah. Amir Akmal yang pada awalnya mahu turut berpuasa enggan bangun apabila dikejutkan. Ibunya membiarkan sahaja. Katanya, tidak apalah kerana hanya berpuasa sunat sahaja.

     Seawal 7 pagi aku dan Amir sudah berada di perut 'Kancil' menuju ke sekolah. Perjalanan dengan kenderaan ke sekolah mengambil masa hanya 5 minit. Ini kerana jarak dari rumah aku ke sekolah cuma 5 km sahaja.

     Ketika di dalam kereta, aku dan Amir Akmal akan menghadiahkah sekali bacaan Surah AlFatihah kepada Rasullullah, keluarga dan sahabatnya and then kepada Allahyarham ayahandaku Abdullah bin Ariffin, ibuku Hajjah Aisah binti Awang yang kini tinggal di Pondok Fauzi, Yan, Kedah, Seterusnya untuki aku, Rosni, Amir Akmal, kakak2 dan abangnya.

     Membaca sebanyak sekali surah AlFatihah di dalam kereta telah menjadi rutin harian aku dan Amir ketika menuju ke sekolah. Setiap hari, malah kiranya tidak membacanya seolah-olah ada perkara yang belum selesai dilakukan.

     Aku dan Amir tiba tepat jam 7.07 pagi. Ucap selamat kepada Amir, and Amir ucap selamat kepada aku. Kami berpisah ke lokasi masing-masing.

My Birthday Party..??

My Birthday Party..??

Amir The Magician Boy

Amir The Magician Boy
hai