Selasa, September 15, 2009

amir sing a westlife song

What do you think?
world of our own cover by amir

Tadarrus AlQuran bersama murid-murid

Awal pagi aku ada kelas Mathematics Tahun 4, tanya Amir sama ada dia dan rakan-rakan berminat bertadarrus.  Katanya bagi dirinya dia suka sekali.  Lagipun, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan meninggalkan kita, katanya.  Hati rasa tenang, sejuk dan puas.  Aku bangga dan amat bersyukur punyai anak sepertinya.  Kawan-kawan Amir bagaimana? Aku menduganya lagi.  Itu abah kenalah tanya mereka sendiri.  Tapi, Amir rasa semuanya suka ke Surau Sekolah dan bertadarrus bersama-sama.  Sambungnya.

Sesampai sahaja ke sekolah, aku tidak terus ke pejabat seperti kebiasaan.  Tapi, aku ke kelas sebab kelas aku bermula awal pagi.  Di kelas aku terus bertanya bebudak, semuanya nampak enjoy bahkan terus beratur hendak ke surau.  Aku senyum sendiri. 

Di surau, 1 jam bertadarus kami sempat menghabiskan 4 hingga 5 muka surat dari Al Quran.  Setidaknya, pagi ini aku telah mencetuskan aktiviti untukku dan murid-muridku mendekati kehidupan alQuran.

 

Sabtu, September 12, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

PANTAS sungguh Ramadan beredar. Kini hampir memasuki fasa ketiga dan terakhir, yakni pembebasan dari api neraka. Tahniah buat mereka yang dapat merangkul penuh nikmat hari-hari yang berlalu itu.
Ramadan dan al-Quran bagai terpisah tiada. Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni menulis: "Rasulullah mempelajari al-Quran bersama Jibril pada bulan Ramadan. Baginda mendengarkan bacaan al-Quran, menghayati, membaca, melaksanakan kandungannya, melapangkan hatinya dan menggali cinta dalam muitara hikmah al-Quran."
Seorang teman bertanya, melewati 15 hari puasa, sudah berapa kali khatam Quran? Terkedu juga dibuatnya!
Ramadan juga sepatutnya mendekatkan kita dengan golongan fakir miskin, mereka yang kesempitan dan memerlukan bantuan segera. Hati dapat dijernih-lunakkan apabila mendampingi dan menyantuni saudara seagama yang tidak bernasib baik ini. Didiklah diri dengan bersedekah di bulan yang amalan sunat menyamai tuntutan wajib.
Insya-Allah segala ketamakan dan kerakusan yang memenjara diri perlahan-lahan reda. Di tengah gejolak budaya hidup materialisme menggila ini, Ramadan bisa mengasuh jiwa agar bersederhana dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan. Ayuh ... segeralah menyumbang, sekurang-kurangnya menjamu makan kepada mereka yang berpuasa.
RAMADAN makin menipis. Hanya tinggal berbaki 10 hari. Bagaimanapun, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Di dalamnya ada malam agung yang paling istimewa; beribadat pada malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau 83 tahun, satu tempoh melebihi usia kebanyakan manusia zaman ini.
Berusahalah kita mencari malam penuh keberkatan itu. Ya, masih belum terlewat ...
Seorang Tuan Guru dalam perutusan akhir Ramadan kepada sebuah akhbar mengingatkan: "Iktikaf di masjid 10 hari akhir Ramadan adalah ajaran agama. Iktikaf maksudnya kurung diri dalam masjid. Seumpama ayam, lembu dan kambing kita kurung supaya menjadi jinak. Rasulullah pada 10 hari terakhir Ramadan iktikaf di masjid.
"Kalau kita ada masa, iktikaf 10 hari lebih baik, tetapi kalau tidak, setiap kali masuk masjid hendak sembahyang berjemaah lima waktu kita niat iktikaf. Bila niat iktikaf kita merasakan diri kita dikurung di hadapan Allah Taala. ... saya nasihatkan semua muslimin dan muslimat mesti bertadarus. Saya sendiri ada tiga al Quran yang digunakan setiap hari iaitu di masjid, pejabat dan rumah."
Dipetik dari Ahmad Lutfi Ismail

Selasa, September 08, 2009

Laporan 1

Sekadar Laporan

Assalamualaikum…wth.

Aktiviti 1
Pada awal Maal Hijrah yang lalu, beberapa penduduk Taman Serampang, melalui jasa baik rakan2 penduduk yang mahu menyumbangkan tenaga dan masa telah mengadakan majlis Asyura. (Kacau bubur asyura) di rumah En Aizi dan Pn Sharifah sempena Maal Hijrah lepas. Kewangan disumbangkan oleh semua penduduk yang berkesempatan. Untuk makluman semua, wang kutipan masih berbaki RM125.00. Orang kuat yang mencetuskan idea ini ialah En Aizi sendiri.

Aktiviti 2
Pada minggu lepas (1hb September, 2009) AJK Penaja, telah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua penduduk untuk bersama-sama dengan pihak Masjid Ijtihad bagi menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di masjid tersebut. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, dan pihak penaja telahpun menyerahkan wang yang tuan puan sedekahkan tersebut kepada pihak masjid sebanyak RM 1050.00 (Satu Ribu Lima Puluh Sahaja). Ini merupakan aktiviti kedua penduduk Taman Serampang. Rakan penduduk yang menguruskan aktiviti ini ialah Cikgu Redza bin Hj Mohd Mohsin. Jasa baik kalian, (kedua-dua orang `kuat’) ini semuga dikira sebagai satu kebajikan oleh Allah swt. Amin.

Tuan/puan sekelian, pada 2hb Oktober 2009 nanti, kita akan mengadakan perjumpaan bagi mengumpulkan semua sekali penduduk Taman Serampang. Lelaki, perempuan, ibu ayah, anak-anak remaja, anak-anaki besar, anak-anak kecil, orang gaji dan semuanya. Mungkin perjumpaan itu boleh kita namakan Perjumpaan Keluarga Penduduk Taman Serampang. Insya Allah perjumpaan ini akan jadi amat meriah lebih-lebih lagi semangat Aidil Fitri masih mendakap suasana. Oleh yang demikian, mungkin tuan-puan punyai idea atau apa saja bagi memeriahkan lagi perjumpaan tersebut. Berikan idea, cadangan atau pandangan dan hantarkan sebelum 18hb September ini.

Untuk makluman semua, sehingga surat ini ditulis, taman kita sudahpun 4 kali diceroboh penyangak yang datang entah dari mana. Mereka memecahkan grill tingkap menggunakan besi `kuku kambing’ dan mencuri barang-barang berharga dari rumah-rumah saudara kita. Rumah-rumah yang diceroboh ialah nombor 26 (dua kali), rumah bernombor 27. Sutan Alaudin (Mi Derga) dan rumah banglo Cikgu dari Penang (berhadapan dengan Taman Permainan). Cuba saudara fikir dan bayangkan, bagaimana agaknya kiranya pencerobohan itu berlaku di rumah saudara sendiri.

Tuan puan yang dihormati sekelian, tujuan kita berjumpa, di samping saling mengenali, saling membantu, saling memberi maklumat, dan berpersatuan. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Yang penting dan pasti ialah kita tentu mempunyai cita-cita yang sama. Iaitu membangunkan Taman Serampang ini, bukan sahaja infra strukturnya tetapi pembangunan penghuninya. Kebersihan, keselamatan, keindahan, keharmonian, dan pembangunan pendidikan anak-anak (dunia dan akhirat). Saudara, apa salahnya anak-anak taman serampang ini kita anggap dan layan mereka seperti anak-anak kita sendiri manakala penduduknya pula dianggap sebagai saudara kita semua.

Untuk makluman semua, Taman Serampang sudahpun mempunyai blognya sendiri. Tuan puan boleh melayari http://tamanserampang.blogspot.com. Semua maklumat tentang taman serampang akan di update kan melalui laman ini. Jadi, jangan lupa untuk menghantar maklumat tuan-puan melalui borang yang disediakan.

Sekian, semoga niat baik ini mendapat sambutan dari pihak tuan puan sekelian.

Terima kasih.

Isnin, September 07, 2009

aidil arif ke sekolah

Tahlil Di Rumah Baru Pak Long (Taman Arowana)

Hari Anugerah Cemerlang

Majlis Tahlil di Rumah Aizi/Sharifah

Puan Rosni sedang menyelia masakan..hehehetolong ambil air chef Redza sedang menjampi carry agar lepas makan rasa nak lagi..Para tetamu `bermesra' menjalinkan ikatan ukhwah Tuan rumah, sedang menyelia hal-hal yang belum beres...Cikgu Mat, angkat kerusi bawa keluaq sikit lagi...
sila, makan2! makan..!Semoga majlis ini diberkati Allah hendaknya..

Kenangan Di Aidil Fitri 2008

Ahad, September 06, 2009

Saksikan Aktiviti Kami Penduduk Taman Serampang


UPSR 2009
Sesampai je ke sekolah pagi tadi, aku diberitahu ada meeting di SK Buluh Lima.  Aku kena chair meeting, aku dilantik menjadi Ketua Pengawas bagi exam UPSR di sekolah itu.  Jam 10am mesyuarat dengan beberapa orang guru dari beberapa sekolah lain bertempat di SK Buluh Lima.  Penolong Kanan buatkan relief agar kelas-kelas Mathematics ku diganti guru-guru lain.
Jam 9.30 aku bertolak ke sana.  Sampai kurang lebih jam 9.50, jumpa Guru Besarnya Tn Hj Ibrahim, lapor diri, beritahunya aku Ketua Pengawas, minta dia siapkan beberapa perkara berkaitan, borak-borak sikit sambil tunggu pengawas-pengawas dari sekolah lain sampai...borak punya borak, tengok jam sudah jam 10.30.  Aku minta izin dan bergegas ke bilik mesyuarat.  Semua pengawas sudahpun menungguku.  Ucap selamat, kenalkan diri dan teruskan mesyuarat.
Aku memulakan mesyuarat dengan membaca ummul Kitab.  Adakan sedikit sesi suai kenal agar mengenali antara satu dengan yang lain.  Aku cuba sedaya mungkin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua staff-staff ku.  Aku beritahu mereka kena enjoy dengan kerja-kerja mengawas nanti, kerana itu mereka kena rasa seronok datang mesyuarat hari ini.  Kalau mereka tidak gembira, mereka yang stress.  Orang lain tidak tahu.  Bagaimanapun, aku bersedia berkongsi stress mereka.  Mereka boleh berkongsi pengalaman stress itu denganku.  Yang penting kerja mesti dibereskan dengan akauntibiliti yang tinggi.  Aku lihat semua gembira.  Aku juga rasa enjoy. 
Semua pengawas menandatangani surat perjanjian untuk berada di bawah akta rahsia rasmi kerajaan Malaysia.  Mereka juga menandatangani satu surat yang mengakui sudah mendengar dan faham taklimat yang aku berikan.  Aku kemudian, menerangkan tentang claim yang mereka boleh membuat tuntutan. Setelah selesai, tiada persoalan aku mengajak mereka melawat pusat peperiksaan.  Melihat apa yang wajar ada di pusat peperiksaan mengikut standard yang LPM.  Lawatan sehingga jam 11.45 am.  Kami semua berpuas hati dengan pusat peperiksaan tersebut dan kembali ke rumah masing-masing.
Petangnya Ros mengajakku menemaninya menukarkan minyak pelincir baru untuk Saganya.  Aku ikutkan saja.  Mula-mula rancang untuk ke kedai panel.  Kedai yang memang sejak 10 tahun lepas menggunakan khidmatnya.  Kedai terletak di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah.  Agalk jauh dari rumahku.  Dalam perjalanan ke sana, Ros dapat satu idea bahawa perlu ada satu kedai kereta yang baru khusus untuk injin, minyak pelincir, tayar dsb.  Lokasi kedai yang dipilih mestilah berdekatan dengan rumah di Taman Serampang.  Aku bersetuju.  Maka, aku berpatah balik dan kami ke kedai yang terletak di Kompleks Perniagaan Taman Mergong Jaya.  Di sana, sementara maintainance kereta, aku ke diajak kedai lampu bersebelahan.  Kak Long nak beli lampu liplap untuk dipasangkan di hadapan rumah kami.  Aku bincang dengan Ros, dia setuju dan lampu liplap pun bertukar tangan. 
Pulang ke rumah aku terus mengajak Aidil Arif memasangnya.  Wah, meriah juga apabila melihat kerdipan lampu `cantik' berkerdipan dengan berwarna warni pada waktu malam. Aku gembira, anak-anak riang ria.
Berterawih di Masjid Mergong bersama Aidil dan Amir.  Kami buat lapan sahaja.  Selesai solat witir, pulang ke rumah dan beberapa minit di rumah. Mr Aizi, jiranku mengajak ke rumah Cikgu Redza.  Aku setuju dan kami sama-sama ke rumah Cikgu Redza.  Di sana kami bincangkan tentang kutipan sedekah jariah penduduk Taman Serampang untuk digunakan buat jamuan berbuka puasa di Masjid Ijtihad.  Kutipan adalah seperti berikut.

1.  En. Mohd Redza Hj M Mohsin       RM   50.00
2.  En. Zaki                                      RM   50.00
3.  En. Arshad Abu Bakar                  RM   20.00
4.  En. Nadzri Ahmad                        RM   50.00
5.  En. M Badrul Hisham                    RM   50.00
6.  En. Salleh (Pak Leh)                     RM   50.00
7.  En. Sutan Alaudin                         RM   20.00
8.  Kedai BuluhMas                           RM    50.00
9.  En. Shaari/Su                             RM    10.00
10.En. Din/Marini                            RM    10.00
11.En. Khairul/Natasya                      RM   30.00   
12.En.Yusri                                       RM   50.00
13.Cikgu Ahmad                                RM   30.00
14.En Azri/Mashitah                          RM   20.00
15.Mak Chik Salmah                          RM  100.00
16.En Ahmad Ismail (PkLong)             RM  150.00
17.PakWan (WNS FutSal)                   RM  200.00
18.En M Aizi/Syarifah                        RM   30.00
19.En Harun Mohamad                       RM   50.00
    JUMLAH                                       RM 1000.00

KELEBIHAN BERSEDEKAH
Amalan yang sangat dituntut pada Ramadan ialah bersedekah. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)
Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)
Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)
Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

SEMOGA SEMUA AKTIVITI YG KITA LAKUKAN SENTIASA DINIATKAN KERANA ALLAH, DAN PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH LUPA KEPADA HAMBANYA.  YA ALLAH, JADIKANLAH SETIAP GERAK GERI AKTIVITI PENDUDUK TAMAN SERAMPANG SEBAGAI SATU KEBAJIKAN.  AMIN...!

Pagi Ahad

7.13 aku sampai SK Seberang Nyonya. Amir Akmal tidak mahu ke sekolah. Katanya mahu ke sekolah esok. Dia berjanji mahu belajar sendiri di rumah. Kerana sibuk dengan beberapa urusan, aku macam bersetuju sahaja tanpa membantah atau menganggukkan kepala.

Hari ini Kak Ngah dan Kak Long ada mid term exam. Emak Amir agak sibuk mengangkut mereka ke sana ke mari. Aidil Arif pula tidak menentu pulangnya. Dia akan duduki exam PMR Oktober ini.

Selepas subuh, Rosni beritahu Wakil Syarikat Buluh Mas, sebahagian dari penduduk Taman Serampang mendermakan RM50 untuk majlis berbuka puasa di Masjid Ijtihad. Jadi kutipan setakat ini yang ada padaku berjumlah RM120.00 dari 3 orang penderma. Syukur alhamdulillah.

Sabtu, September 05, 2009

Cangloon

Pagi ni aku ke Cangloon, singgah di Titi Gajah ambil Zuki dan kami meluncur laju ke Universiti Utara Malaysia. Sampai kira-kira jam 9.30 am. Agak terlambat sebab kelas bermula jam 9.00 pagi.
Dr Laily Hashim menegur kami dengan mengatakan kelasnya bermula seawal jam 9, bukan 9.30 pagi. Kami hanya mampu tersenyum dengan sindirannya.

Jam 12, kelas Java bermula. Dr Fauziah memulakan dengan mengemukakan soalan-soalan latihan lesson yang telah dipelajari pada minggu-minggu lepas. Aku dan Zuki terkedu, kerana tidak prepair tentang latihan2 tu. Kami just dapatkan pertolongan dari kengkawan yang tahu. Selesai menjawab perasaan jadi amat selesa dan hati jadi lega. Selamat lagi.

3 petang, pulang dari Cangloon, aku tidak singgah di rumah Zuki kerana belum solat Zohor lagi. Sampai saja di rumah, aku saksikan semua anak-anak sibuk dengan buku mereka masing-masing. Alangkah sejuk dan bahagianya rasa hatiku. Terima kasih Allah, doaku agar anak-anakku rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu dimakbulkan Allah.

keluargaku

 
Posted by Picasa

Jumaat, September 04, 2009

aktiviti Jumaat

Jam 11 a.m. aku memandu ke CIMB Jitra, singgah di Titi Gajah ambil Zuki dan kami pergi bersama. Di sana (CIMB Jitra), manusia yang berlanggan dengan bank tersebut masyaallah...punyalah ramai. Aku dan zuki kena beratur menunggu giliran. Jumpa dua hingga tiga pegawai bank, aku dihubungi dengan rakan pelajar dari Gopeng, seorang perempuan (ibu kepada 5 anak). Katanya sudah berada di Shahab Perdana, dia bertanyakan bagaimana untuk ke pejabatku yang terletak di Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan. Aku kata, u jangan bimbang, nanti i ambil dan bawa u pergi ke sana. Selepas itu, aku rasa dia feel happy. Selesai shaja berurusan kami pun terus pulang, dalam perjalanan ke pejabat di no. 72, aku call Amran. Namun, telefon tidak di angkat. Sebentar kemudian dia call aku balik. Aku 'confirm'kan tentang kelas Java petang ini. Dia kata ok, aku rasa senang hati.
Jam sudah menunjukkan angka 13.20 petang, anak-anak telahpun bersedia ke masjid. Menunaikan kewajipan solat Jumaat. Mereka berdua Aidil dan Amir telah ready di dalam kereta yang telah dibunyikan injinnya. Aku menjeling melihat mereka, masing-masing mempamerkan ke`masaman' wajah mereka tanda protes dan marah padaku kerana sedikit lambat dan membuat mereka tertunggu-tunggu. Aku bergegas mengambil wuduk dan bersiap ke masjid.
Di Masjid Khatib berkhutbah tentang peri pentingnya memperbanyakkan amalan di Ramadhan yang penuh barakah ini. Sambil mendengar, aku berfikir tentang aktiviti sepanjang hari ini...rasanya hanya mandatar macam hari-hari sebelumnya. Jadi, aku berazam mahu tingkatkan amalan soleh hari ini.
Pulang dari masjid, terus saja bersiap ke pejabat. Amran telefon, kata dah sampai. Aku beritahu Zuki dan beberapa pelajar sudahpun menunggu. Dia beritahu aku bahawa pejabat tutup. Berkunci lagi. Aku call Zuki, dari maklumat Zuki dia dan rakan-rakan sudah lama menunggu di office tempat di mana kelas akan dijalankan. Aku call Amran dan bertanyakan dia di mana..dia beritahu ada di depan adz enterprise....oh, Amran tersilap tempat menunggu. Aku memberitahu Amran, pejabatku ialah Adz Management Sdn Bhd.
Ketika memandu, aku berazam untuk memberi perhatian sungguh-sungguh tentang bahasa Java yang akan aku belajar nanti. Mudah-mudahan azamku dikira sebagai amal soleh. Amin.

Jumaat Kedua Ramadhan 20009

Alhamdulillah...awal pagi ini (pulang dari pejabatku di bandar) kira-kira jam 2.09 pagi, nak tidur mataku tidak mahu lelap, justeru bangun dan meng 'create' kan blog untuk aku dan penduduk tempat di mana aku tinggal sekarang. Aku terpanggil untuk menulis tentang tempat tinggalku Taman Serampang...

Blog ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan penduduk di Taman Serampang ini. Beberapa maklumat berkaitan akan aku isikan di dalamnya. Kiranya aku berkesempatan, aku berhasrat memuatkan maklumat tentang penduduk, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, maklumat tentang peristiwa yang berlaku, suka duka dan segalanya sebagai dokumentasi dan sejarah untuk penduduk taman ini. Insya Allah.

Petang semalam, kurang lebih jam 21:00 (2.9.2009) Aizi ke rumahku untuk memberitahu tentang 'offer' dari imam dan pegawai 10 masjid ijtihad Kg Sg Baru bahawa mereka menawarkan kepada sesiapa yang berminat berjariah atau bersedekah RM (wang) di Ramadhan almubarak ini bagi digunakan untuk majlis berbuka puasa di Majid bolehlah mendermakan duitnya kepada pihak masjid berkenaan. Lebih-lebih lagi Taman Serampang tempat aku tinggal terletak di dalam qariah Masjid Ijtihad Kg Sg Baru Tengah. Aizi dahpun berbincang dengan Cikgu Redza, bahkan telahpun menyiapkan surat siaran 'offer' berkenaan untuk diedarkan kepada semua penduduk tamanku. Aku hanya menandatangani surat berkenaan, buatkan salinannya dan edarkan kepada penduduk Taman Serampang. Hari ini, kira-kira jam 17:30 aku mula mengedarkan surat berkenaan kepada seluruh penduduk sekitar tamanmu. Jam 18:00, aku didatangi penghuni rumah bernombor 12 dan 13 (anak Pak Leh) mengirimkan RM50.00 untuk disedekahkan kepada majlis berkenaan. Malamnya pula tatkala aku di pejabat, sesudah solat terawih dan witir, rumahku didatangi oleh isterinya Mi Derga dan mereka mewakilkan RM 20.00 untuk disedekahkan buat jamuan berbuka puasa di Masjid nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana cepatnya 'respon' dari jiran-jiran untuk melakukan kebajikan.

Sesungguhnya derma, sedekah jariah merupakan pembersihan harta bagi orang-orang yang beriman.

Islam memang sangat menganjurkan sedekah. Dalam Al-Quran, Allah membuat perumpamaan yang sangat indah; harta yang diberikan di jalan Allah itu seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai mengandung 100 butir. Tidak cukup hanya dengan sekadar balasan tujuh ratus kali ganda, Allah kemudian berkata bahwa Ia akan melipatgandakan pahala bagi orang yang Ia kehendaki. Dalam surah lain, Allah bahkan menyatakan bahwa salah satu pendusta agama adalah mereka yang tidak menganjurkan untuk memberikan makan pada orang miskin.

Bahkan sedekah dilakukan dalam barakahnya Ramadhan. alangkah..alangkah! Mudah-mudahan segalanya dikira sebagai kebajikan oleh Allah s.w.t. Amin. Tahniah kepada kalian semua.

My Birthday Party..??

My Birthday Party..??

Amir The Magician Boy

Amir The Magician Boy
hai