Jumaat, November 05, 2010
Isnin, Jun 28, 2010
June 28, 2010.
Assalamualaikuam, hari ini bangun 5 pagi. Bersahur ringkas bersama Rosni, Kak Long and Kak Ngah. Amir Akmal yang pada awalnya mahu turut berpuasa enggan bangun apabila dikejutkan. Ibunya membiarkan sahaja. Katanya, tidak apalah kerana hanya berpuasa sunat sahaja.
Seawal 7 pagi aku dan Amir sudah berada di perut 'Kancil' menuju ke sekolah. Perjalanan dengan kenderaan ke sekolah mengambil masa hanya 5 minit. Ini kerana jarak dari rumah aku ke sekolah cuma 5 km sahaja.
Ketika di dalam kereta, aku dan Amir Akmal akan menghadiahkah sekali bacaan Surah AlFatihah kepada Rasullullah, keluarga dan sahabatnya and then kepada Allahyarham ayahandaku Abdullah bin Ariffin, ibuku Hajjah Aisah binti Awang yang kini tinggal di Pondok Fauzi, Yan, Kedah, Seterusnya untuki aku, Rosni, Amir Akmal, kakak2 dan abangnya.
Membaca sebanyak sekali surah AlFatihah di dalam kereta telah menjadi rutin harian aku dan Amir ketika menuju ke sekolah. Setiap hari, malah kiranya tidak membacanya seolah-olah ada perkara yang belum selesai dilakukan.
Aku dan Amir tiba tepat jam 7.07 pagi. Ucap selamat kepada Amir, and Amir ucap selamat kepada aku. Kami berpisah ke lokasi masing-masing.
Sabtu, April 24, 2010
Surau Taman Serampang
Tanah depan, belakang Buluh Mas menjadi idaman sebahagian penduduk untuk dibina surau di atasnya. Baru2 ni, aku bersama beberapa rakan di belakang ini, bersembang, bincang and nak take action bagi merealisasikan hasrat tu. Dua tiga hari selepas itu, tup tup tempat tapak surau tu dah naik sign board kata tanah untuk dijual. Laa, tutup buku laa tentang perjuangan membina surau di situ.
abah, mai jap....anak ku panggil untuk tunjukkan matematiknya....ok, ok abah datang...aku sambung nanti...
abah, mai jap....anak ku panggil untuk tunjukkan matematiknya....ok, ok abah datang...aku sambung nanti...
Langgan:
Catatan (Atom)
My Birthday Party..??
Amir The Magician Boy
hai

