Ahad, September 06, 2009

Saksikan Aktiviti Kami Penduduk Taman Serampang


UPSR 2009
Sesampai je ke sekolah pagi tadi, aku diberitahu ada meeting di SK Buluh Lima.  Aku kena chair meeting, aku dilantik menjadi Ketua Pengawas bagi exam UPSR di sekolah itu.  Jam 10am mesyuarat dengan beberapa orang guru dari beberapa sekolah lain bertempat di SK Buluh Lima.  Penolong Kanan buatkan relief agar kelas-kelas Mathematics ku diganti guru-guru lain.
Jam 9.30 aku bertolak ke sana.  Sampai kurang lebih jam 9.50, jumpa Guru Besarnya Tn Hj Ibrahim, lapor diri, beritahunya aku Ketua Pengawas, minta dia siapkan beberapa perkara berkaitan, borak-borak sikit sambil tunggu pengawas-pengawas dari sekolah lain sampai...borak punya borak, tengok jam sudah jam 10.30.  Aku minta izin dan bergegas ke bilik mesyuarat.  Semua pengawas sudahpun menungguku.  Ucap selamat, kenalkan diri dan teruskan mesyuarat.
Aku memulakan mesyuarat dengan membaca ummul Kitab.  Adakan sedikit sesi suai kenal agar mengenali antara satu dengan yang lain.  Aku cuba sedaya mungkin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua staff-staff ku.  Aku beritahu mereka kena enjoy dengan kerja-kerja mengawas nanti, kerana itu mereka kena rasa seronok datang mesyuarat hari ini.  Kalau mereka tidak gembira, mereka yang stress.  Orang lain tidak tahu.  Bagaimanapun, aku bersedia berkongsi stress mereka.  Mereka boleh berkongsi pengalaman stress itu denganku.  Yang penting kerja mesti dibereskan dengan akauntibiliti yang tinggi.  Aku lihat semua gembira.  Aku juga rasa enjoy. 
Semua pengawas menandatangani surat perjanjian untuk berada di bawah akta rahsia rasmi kerajaan Malaysia.  Mereka juga menandatangani satu surat yang mengakui sudah mendengar dan faham taklimat yang aku berikan.  Aku kemudian, menerangkan tentang claim yang mereka boleh membuat tuntutan. Setelah selesai, tiada persoalan aku mengajak mereka melawat pusat peperiksaan.  Melihat apa yang wajar ada di pusat peperiksaan mengikut standard yang LPM.  Lawatan sehingga jam 11.45 am.  Kami semua berpuas hati dengan pusat peperiksaan tersebut dan kembali ke rumah masing-masing.
Petangnya Ros mengajakku menemaninya menukarkan minyak pelincir baru untuk Saganya.  Aku ikutkan saja.  Mula-mula rancang untuk ke kedai panel.  Kedai yang memang sejak 10 tahun lepas menggunakan khidmatnya.  Kedai terletak di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah.  Agalk jauh dari rumahku.  Dalam perjalanan ke sana, Ros dapat satu idea bahawa perlu ada satu kedai kereta yang baru khusus untuk injin, minyak pelincir, tayar dsb.  Lokasi kedai yang dipilih mestilah berdekatan dengan rumah di Taman Serampang.  Aku bersetuju.  Maka, aku berpatah balik dan kami ke kedai yang terletak di Kompleks Perniagaan Taman Mergong Jaya.  Di sana, sementara maintainance kereta, aku ke diajak kedai lampu bersebelahan.  Kak Long nak beli lampu liplap untuk dipasangkan di hadapan rumah kami.  Aku bincang dengan Ros, dia setuju dan lampu liplap pun bertukar tangan. 
Pulang ke rumah aku terus mengajak Aidil Arif memasangnya.  Wah, meriah juga apabila melihat kerdipan lampu `cantik' berkerdipan dengan berwarna warni pada waktu malam. Aku gembira, anak-anak riang ria.
Berterawih di Masjid Mergong bersama Aidil dan Amir.  Kami buat lapan sahaja.  Selesai solat witir, pulang ke rumah dan beberapa minit di rumah. Mr Aizi, jiranku mengajak ke rumah Cikgu Redza.  Aku setuju dan kami sama-sama ke rumah Cikgu Redza.  Di sana kami bincangkan tentang kutipan sedekah jariah penduduk Taman Serampang untuk digunakan buat jamuan berbuka puasa di Masjid Ijtihad.  Kutipan adalah seperti berikut.

1.  En. Mohd Redza Hj M Mohsin       RM   50.00
2.  En. Zaki                                      RM   50.00
3.  En. Arshad Abu Bakar                  RM   20.00
4.  En. Nadzri Ahmad                        RM   50.00
5.  En. M Badrul Hisham                    RM   50.00
6.  En. Salleh (Pak Leh)                     RM   50.00
7.  En. Sutan Alaudin                         RM   20.00
8.  Kedai BuluhMas                           RM    50.00
9.  En. Shaari/Su                             RM    10.00
10.En. Din/Marini                            RM    10.00
11.En. Khairul/Natasya                      RM   30.00   
12.En.Yusri                                       RM   50.00
13.Cikgu Ahmad                                RM   30.00
14.En Azri/Mashitah                          RM   20.00
15.Mak Chik Salmah                          RM  100.00
16.En Ahmad Ismail (PkLong)             RM  150.00
17.PakWan (WNS FutSal)                   RM  200.00
18.En M Aizi/Syarifah                        RM   30.00
19.En Harun Mohamad                       RM   50.00
    JUMLAH                                       RM 1000.00

KELEBIHAN BERSEDEKAH
Amalan yang sangat dituntut pada Ramadan ialah bersedekah. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)
Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)
Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)
Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

SEMOGA SEMUA AKTIVITI YG KITA LAKUKAN SENTIASA DINIATKAN KERANA ALLAH, DAN PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH LUPA KEPADA HAMBANYA.  YA ALLAH, JADIKANLAH SETIAP GERAK GERI AKTIVITI PENDUDUK TAMAN SERAMPANG SEBAGAI SATU KEBAJIKAN.  AMIN...!

1 ulasan:

  1. salam cikgu mat... syabas ada blog untuk update aktiviti kat taman kita ni..

    khairul
    1.30am

    ;( baru balik pacific..ingat nak shoping.org ramai gilerrr.kancel shoping

    BalasPadam

My Birthday Party..??

My Birthday Party..??

Amir The Magician Boy

Amir The Magician Boy
hai