Selasa, November 15, 2011

BAKAL DAPAT PENGAWAL KESELAMATAN BARU


Pondok Jaga (Sekadar Hiasan)



Keselamatan adalah salah satu elemen penting yang amat diutamakan oleh sesebuah kawasan kediaman. Ia juga meningkat tahap kesedaran (Sence of Awareness) tidak kira dimana jua kita berada. Dengan peningkatan kes-kes jenayah seperti pecah rumah, rompak, culik dan sebagainya, kita perlu memikirkan cara yang praktikal dan bernas untuk membenteras seterusnya mengelakkannya dari berlaku kepada kita sekeluarga. Tiada sesiapa pun yang mahu menanggung kos keselamatan jika mereka tidak memikirkan keselamatan mereka sendiri dan keluarga. Tiada siapa juga boleh menafikan dengan kewujudan kawalan keselamatan ianya sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha polis untuk membenteras jenayah.

Dengan adanya perkhidmatan keselamatan, sedikit sebanyak kita dapat berasa selesa dan mengetahui bahawasanya ada pihak yang menjaga harta, kawasan kediaman dan keluarga yang disayangi. Secara tidak lamgsung, kita dapat keluar bekerja dengan ceria; serta kembali ke rumah pada bila–bila masa dalam suasana yang tenang dan aman, tanpa ada perasaan takut akan risiko keselamatan anda mahupun keluarga.

Dengan adanya pengawal keselamatan juga, kita dapat meminimumkan kebarangkalian berlakunya sebarang kes jenayah. Kehadiran pengawal keselamatan ini juga, sedikit sebanyak dapat menyulitkan sebarang perancangan jenayah oleh individu–individu tertentu. Dengan adanya rondaan 12 jam, sekurang–kurangnya kadar jenayah dapat dikurangkan dan pemantauan berterusan oleh pihak keselamatan dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa (POLIS).

Kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan keselamatan sesebuah taman perumahan juga bergantung kepada keperihatinan dan kerjasama daripada setiap penduduk untuk melunaskan bayaran penyelenggaraan atau bayaran perkhidmatan dengan kadar segera demi keselamatan satu taman.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penduduk yang tidak mahu menjadi ahli persatuan apatah lagi membayar untuk perkhidmatan keselamatan. Malahan, ada dikalangan penduduk tidak tahu adanya jenayah berlaku di kawasan mereka. Keperihatinan terhadap institusi kejiranan adalah penting demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan damai.

“Beringat Sebelum Kena”
“Berbakti Selagi Terdaya”
“Keperihatinan Adalah Tanggungjawab Bersama”

1 ulasan:

My Birthday Party..??

My Birthday Party..??

Amir The Magician Boy

Amir The Magician Boy
hai