Jumaat, September 04, 2009

Jumaat Kedua Ramadhan 20009

Alhamdulillah...awal pagi ini (pulang dari pejabatku di bandar) kira-kira jam 2.09 pagi, nak tidur mataku tidak mahu lelap, justeru bangun dan meng 'create' kan blog untuk aku dan penduduk tempat di mana aku tinggal sekarang. Aku terpanggil untuk menulis tentang tempat tinggalku Taman Serampang...

Blog ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan penduduk di Taman Serampang ini. Beberapa maklumat berkaitan akan aku isikan di dalamnya. Kiranya aku berkesempatan, aku berhasrat memuatkan maklumat tentang penduduk, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, maklumat tentang peristiwa yang berlaku, suka duka dan segalanya sebagai dokumentasi dan sejarah untuk penduduk taman ini. Insya Allah.

Petang semalam, kurang lebih jam 21:00 (2.9.2009) Aizi ke rumahku untuk memberitahu tentang 'offer' dari imam dan pegawai 10 masjid ijtihad Kg Sg Baru bahawa mereka menawarkan kepada sesiapa yang berminat berjariah atau bersedekah RM (wang) di Ramadhan almubarak ini bagi digunakan untuk majlis berbuka puasa di Majid bolehlah mendermakan duitnya kepada pihak masjid berkenaan. Lebih-lebih lagi Taman Serampang tempat aku tinggal terletak di dalam qariah Masjid Ijtihad Kg Sg Baru Tengah. Aizi dahpun berbincang dengan Cikgu Redza, bahkan telahpun menyiapkan surat siaran 'offer' berkenaan untuk diedarkan kepada semua penduduk tamanku. Aku hanya menandatangani surat berkenaan, buatkan salinannya dan edarkan kepada penduduk Taman Serampang. Hari ini, kira-kira jam 17:30 aku mula mengedarkan surat berkenaan kepada seluruh penduduk sekitar tamanmu. Jam 18:00, aku didatangi penghuni rumah bernombor 12 dan 13 (anak Pak Leh) mengirimkan RM50.00 untuk disedekahkan kepada majlis berkenaan. Malamnya pula tatkala aku di pejabat, sesudah solat terawih dan witir, rumahku didatangi oleh isterinya Mi Derga dan mereka mewakilkan RM 20.00 untuk disedekahkan buat jamuan berbuka puasa di Masjid nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana cepatnya 'respon' dari jiran-jiran untuk melakukan kebajikan.

Sesungguhnya derma, sedekah jariah merupakan pembersihan harta bagi orang-orang yang beriman.

Islam memang sangat menganjurkan sedekah. Dalam Al-Quran, Allah membuat perumpamaan yang sangat indah; harta yang diberikan di jalan Allah itu seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai mengandung 100 butir. Tidak cukup hanya dengan sekadar balasan tujuh ratus kali ganda, Allah kemudian berkata bahwa Ia akan melipatgandakan pahala bagi orang yang Ia kehendaki. Dalam surah lain, Allah bahkan menyatakan bahwa salah satu pendusta agama adalah mereka yang tidak menganjurkan untuk memberikan makan pada orang miskin.

Bahkan sedekah dilakukan dalam barakahnya Ramadhan. alangkah..alangkah! Mudah-mudahan segalanya dikira sebagai kebajikan oleh Allah s.w.t. Amin. Tahniah kepada kalian semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Birthday Party..??

My Birthday Party..??

Amir The Magician Boy

Amir The Magician Boy
hai